Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) dicetuskan melalui Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel Pertama (CHOGM) di Sydney pada Februari 1978. MTCP telah dilancarkan secara rasmi pada 7 September 1980 di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di New Delhi, India, untuk menandakan komitmen Malaysia terhadap Kerjasama Selatan-Selatan, khususnya Kerjasama Teknikal di kalangan negara-negara membangun (TCDC).
Selaras dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan, MTCP yang merupakan program kerjasama teknikal dua hala, berkongsi pengalaman pembangunan dengan negara-negara membangun yang lain. Falsafah “memakmurkan jiran” adalah asas utama bagi program tersebut. Program ini menyediakan pelbagai bentuk kerjasama teknikal dalam bidang di mana Malaysia mempunyai pengalaman dan kepakaran. MTCP memberi penekanan kepada pembangunan sumber manusia melalui penyediaan latihan dalam pelbagai bidang yang penting bagi pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, teknologi maklumat dan komunikasi, perbankan dan bahasa Inggeris.
Unit Perancang Ekonomi yang merupakan titik tumpuan negara untuk semua kerjasama teknikal, adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan penyelarasan aktiviti MTCP. Sejak penubuhannya, MTCP telah berkembang dari segi skop dan liputannya dengan penekanan kepada pertukaran pengalaman pembangunan. Lebih 2,000 peserta dari 135 negara datang ke Malaysia setiap tahun di bawah program tersebut. Pada masa ini MTCP mempunyai keahlian kira-kira 13,400 alumni di seluruh dunia. Kira-kira 130 kursus khas jangka pendek yang ditawarkan oleh 35 institusi latihan MTCP, yang kebanyakannya adalah pusat kecemerlangan untuk latihan, dengan tujuan untuk membina modal insan di negara-negara membangun yang lain.
Objektif MTCP ialah: