• English
Jabatan Alam Sekitar

Perpustakaan

Perpustakaan EiMAS

Perpustakaan EiMAS adalah sebuah perpustakaan khas untuk Jabatan Alam Sekitar. Ia menyediakan semua koleksi yang berkaitan dengan alam sekitar yang telah diterbitkan di Malaysia dan dari luar negara. Perpustakaan EiMAS telah memulakan operasinya secara rasmi pada tahun 2002.  Perpustakaan ini berfungsi untuk memenuhi keperluan pengguna yang menghadiri kursus-kursus di EiMAS. Selain itu, ia juga memainkan peranan penting untuk memberikan maklumat kepada kakitangan EiMAS.

PERKHIDMATAN

  1. Perkhidmatan Pinjaman – Perkhidmatan pinjaman adalah terhad kepada kakitangan JAS yang menghadiri kursus-kursus yang diadakan di EiMAS. Mereka dibenarkan untuk meminjam 4 buah buku sahaja. Pembaharuan buku-buku boleh dibuat hanya sekali melalui panggilan telefon, e-mel atau  datang ke kaunter perpustakaan. Walau bagaimanapun, Perpustakaan EiMAS tidak hanya menyediakan perkhidmatan pinjaman kepada kakitangan mereka sahaja tetapi juga membenarkan orang luar seperti penyelidik atau pelajar-pelajar dari universiti tempatan. 
  2. Katalog Awam Dalam Talian (OPAC) – Perpustakaan EiMAS menyediakan perkhidmatan OPAC bagi memastikan pengguna dapat mengakses koleksi yang dikehendaki dalam perpustakaan. Perkhidmatan ini boleh menjimatkan masa dalam mencari bahan-bahan yang diperlukan.
  3. Perkhidmatan Amali – Perpustakaan EiMAS akan menjalankan beberapa kursus yang berkaitan dengan pengurusan perpustakaan kepada kakitangan tertentu di JAS negeri dan cawangan pada setiap tahun. Tujuan kursus ini adalah untuk memastikan bahawa mereka lebih mahir dalam pengurusan perpustakaan dan membantu dalam menguruskan perpustakaan dengan berkesan.
  4. Perkhidmatan Internet – Para pengguna boleh mengakses internet melalui PC yang disediakan di Perpustakaan EiMAS. Perkhidmatan ini adalah untuk membantu pengguna dalam mencari maklumat.
  5. Perkhidmatan Rujukan – Perkhidmatan rujukan yang disediakan oleh Perpustakaan EiMAS adalah untuk membantu pengguna untuk menggunakan kemudahan perpustakaan dengan lebih berkesan. Para pengguna boleh menggunakan perpustakaan sebagai sebahagian daripada sumber rujukan mereka untuk mengakses maklumat yang diperlukan. Sebarang pertanyaan mengenai bahan-bahan yang berkaitan dengan alam sekitar di perpustakaan boleh dibuat melalui panggilan telefon, surat, faks, e-mel atau datang ke Perpustakaan EiMAS.
  6. Perkhidmatan Dokumentasi – Semua koleksi di perpustakaan dipilih dan ditempah dari katalog penerbit. Kakitangan EiMAS dan peserta kursus juga boleh mencadangkan mana-mana koleksi berkaitan alam sekitar yang mereka perlukan. Koleksi akan direkodkan dan diberikan nombor rujukan, seterusnya akan dikatalogkan dan diberikan nombor klasifikasi. Ini adalah untuk memudahkan proses menyimpan dan mendapatkan semula koleksi berkenaan. Sistem klasifikasi Perpustakaan EiMAS adalah berdasarkan Dewey Decimal Classification (DDC) manakala tajuk subjek menggunakan Congress of Subject Headings.

.

KOLEKSI

Koleksi Perpustakaan EiMAS mengandungi semua jenis bahan-bahan (bercetak dan bukan bercetak) yang berkaitan dengan bidang alam sekitar seperti:

  1. Monograf
  2. Penerbitan Serial
  3. Keratan akhbar
  4. Akta / Warta Kerajaan
  5. Pekeliling Kerajaan
  6. Laporan Tahunan
  7. Modul Kursus

.

WAKTU PERKHIDMATAN

  • Isnin – Khamis : 8.15 Pagi – 12.45 Tengahari & 2.15 – 4.50 Petang
  • Jumaat: 8.15 Pagi – 12.00 Tengahari & 3.00 – 4.50 Petang
  • Perpustakaan Ditutup Pada Cuti Umum