• English
Jabatan Alam Sekitar

Sejarah EiMAS

Institut Alam Sekitar Malaysia (EiMAS) telah dibuka dengan rasminya pada 2 April 2002, oleh YB Dato’ Seri Law Hieng Ding, Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Malaysia.

Penubuhan EiMAS merupakan satu perkembangan penting bagi Jabatan Alam Sekitar (JAS) memandangkan keperluan dalam mempertingkat pengetahuan dan kemahiran kakitangan awam dan swasta menangani masalah pengurusan alam sekitar.

Selaras dengan itu, JAS telah mengambil langkah penting untuk memperlengkapi kakitangannya dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan melalui kursus-kursus yang dilaksankan di EiMAS. Sebagai wawasan penubuhan institut ini, EiMAS bertekad menjadi Pusat Kecemerlangan bagi Pengurusan Alam Sekitar di Malaysia.

Bangunan EiMAS telah siap dibina pada 28 Mei 2001 dengan berkonsepkan ‘resort’. Ciri-Ciri kebudayaan dan kesenian Malaysia menjadi tema kepada reka bentuk bangunan ini. Bangunan EiMAS juga dilengkapi perlbagai kemudahan seperti bilik latihan, asrama, cafeteria, pusat riadah, perpustakaan dan auditorium. Para peserta bukan sahaja mendapat pengetahuan dan kemahiran melalui kursus-kursus malah dapat menenangkan fikiran melalui persekitarannya yang indah dan menyegarkan. Kini, bangunan EiMAS menjadi lokasi tetap bagi setiap kursus yang diadakan oleh JAS kecuali kursus-kursus yang melibatkan kerja-kerja lapangan dan pengumpulan sampel.

Adalah menjadi harapan agar EiMAS menjadi institusi yang dapat melahirkan pegawai-pegawai yang berketerampilan dalam menjalankan tugas dalam apa jug bidang alam sekitar.